»

Santai Bersama BEN ASHAARI

Mereka Sangat-Sangat SempOi

Jom Tukar Link

12 December 2011

Friend Wedding and Adam at FRIM

Assalammualaikum....

Yuhuuuu....hari ahad 11.12.11 aku g knduri kawin mbr aku kt wangsa maju....aku sampai sana kul 1.40 thari...sampai2 sana terus cari tuan rumah....bersalam-salaman.....then kitorang cari port tuk duduk makan.....penuh lak tu meja....duduk la menumpang kt meje sesapa.....hihihi.....cam beselah...laki aku yg akan ambik makanan....makan makan makan.....dan kenyang kenyang kenyang....alhamdulillah....



dsbbkn pengantin x sanding lagi, aku dgn adam ambik peluang snap gambo....


ni je picture pengantin yg dpt aku snap....ramai bebenor jurukamera....hihihi
tahniah Ju Jue dan pasangan Khairul...semoga berbahagia sehingga keakhir hayat....
-
-
-
-
-

balik dari knduri kawin tu laki aku ajak lepak umah MIL.....tapi sampai2 sane je kitorang melencong ke air terjun FRIM jap....dapatla sejuk2kan kaki sementara nak kerumah MIL...rumah mil pun dlm frim gak....bukan jauh pun.....
-
-
-
-
-


balik dari air terjun FRIM ni terus g umah MIL...sekali tengok2 umah x de olang laaaa.....kitorang pun balik umah dulu....then malam baru kitorang g umah mak...rupenye dorang p TESCO petang tu....kt umah MIL mlm tu kitorang makan kek...sempena besday adik ipar aku yg ke-14 tahun.....x de plak gambo......sbb gune hp laki aku...sok ada aku letak sini naaa.....

huhu....sekian....nak balik umah dh ni...duty dah abiz.....yihaaaaa....

07 December 2011

Segmen | Jom Tambah Followers

Assalammualaikum....


kali ni aku join segmen dari Cik Lulu Caldina.....jOm le reramai meriahkan segmen nih....





tujuan aku jOin segmen ni salah satunya nak tambahkan followers dan jugak nak meramaikan lagi kengkawan dari dunia blogger ni....pada korang yang nak join jugak boleh skodeng sini dan jangan lupa tinggalkan link entry kt blog beliau yer......

05 December 2011

Trima kasih pada semua yang mendoakan kami

Assalammualaikum....

Aku nak ucapkan bebanyak trima kasih pd mereka yg like dan komen status aku kt fb hari ini....semoga dengan doa dan ucapan dari kalian akan memanjangkan jodoh dan perhubungan aku dan suami.....






Today My 2nd Wedding Anniversary

Assalammualaikum....

Alhamdulillah.....hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2.....syukur sangat2 kerana perkahwinan yang dibina akhirnya berpanjangan sehingga kehari ini.....semoga ianya akan berkekalan sehingga keakhir hayat hendaknya....

Untuk encik suami, tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan kasih sayang abang pada sayang dari dulu kini dan selamanya....semoga kasih sayang tu akan bertambah dari sehari kesehari....terima kasih juga kerana telah bersusah payah mencari rezeki untuk kami berdua selama ini.....lebih bermakna lagi tahun ni kami sambut dengan putera yang dah pun menjangkau usia setahun 24.11.11 hari tu....kalau setahun yang lalu kami sambut dalam keadaan aku baru berpantang.....jangkanya aku besalin sama tarikh dengan hari kawin kami rupanya meleset....anak aku x sabar nak tengok dunia......alhamdulillah sekali lagi...syukur sangat2....lengkap rasanya hidup kami bertiga......



05.11.2011 - 2nd wedding anniversary....i love u so much....

04 December 2011

Cerita Melaka & Port DicksOn

Assalamualaikum....

Entry ni sepatutunya lama dah aku tulis tp dsbbkn blog aku yang x bape nak sihat beberapa minggu yang lepas terpaksalah di tulis pada hari ini.....kihkihkih....x kisahlah kan....yang penting layan....

Bulan sepuluh yang lalu x ingat plak tarikhnya bila, kami berjalan2 ke Melaka...lama rasanya x ke Melaka...kebetulan laki aku pun nak jumpa kawan dia pada sebelah malam hari pertama kami kesana....ada sambut besday kecik2....kami pun ambiklah kesempatan untuk pusing2 bandar melaka....korang skodeng2lah gambo ape yg ado yer....:P




















alamak....picture tonggang tebalik plak susunan dia....ni jelah yg dapat aku uplot...kang uplot byk2 korang boring plak nk nengok.....hahahah....

1 days ....... what should I do?

Assalammualaikum.....




1 day until our 2nd Anniversary.....aku hampir2 lupa semalam.....even mcm2 aku dh prepare kt kepala otak aku ni sejak seminggu yg lalu.....but dsbbkn kesibukan aku beberapa minggu ini aku tepaksa slowkan dulu agenda2 yang aku dh pk pk kan sblm ni....mungkin aku akan bt something yg simple for tomorrow......hope my hubby enjoy it....

Segmen | Genk Cari Blogger

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya aku x join segmen....jomla kita join sesama....



senang je kan...jz letak banner atas tu then tinggalkan link DISINI .....tarikh tutup 13/12/2011 jam 2.00 petang....


01 December 2011

TIPS : 50 Rangsangan Mudah Menjadikan Anak Bijak

Assalammualaikum....

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?"- untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU" 
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN 
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!

28 November 2011

Hepy 1st besday to Muhammad Adam Asyraf

Assalammualaikum....

pejam celik pejam celik tanggal 24.11.2011 yang lalu genaplah usia putera aku setahun.....x sangka kan...cepat betul masa berlalu.....dan aku rasa berbanggga dan sangat2 bertuah kerana diberi peluang merasa dan menjadi seorang ibu....

Kalau diimbas2 kembali saat2 mengandungkan dan melahirkan adam...mmg x tergambar rasanya betapa indahnya saat2 itu....kesakitan yang aku rasa sewaktu melahirkan adam hilang begitu sahaja pabila tepat jam 1602 adam lahir kedunia....Muhammad Adam Asyraf nama diberi....waktu lahir beratnya 3.64kg...sekarang setelah usianya setahun beratnya dah bertambah menjadi 10.5 kg....alhamdulillah....adam membesar dengan sihat dan sangat aktif....

sekarang ni adam dah pandai melangkah 3 4 tapak....syukurlah wpun x bape nak laju...usaha dia tetap ada untuk dia belajar berjalan......suka membebel.....dalam bahasa dia.....itulah hiburan aku dan suami tiap kali pulang dari kerja......telatah dia buatkan kami rasa seronok sangat.....hilang rasa penat...

sempena ulangtahun adam yang pertama ibu dan ayah mendoakan semoga adam akan menjadi anak yang soleh bila besar nanti.....lekas2 jalan....ibu dan ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan adam.....aminnnn.....


 ibu dan ayah sayangkan kamu sangat-sangat.....

hari sabtu 26.11.11 kami adakan majlis doa selamat sempena pindah umah hari tu dan sekali dengan majlis doa selamat untuk setahun kelahiran adam...alhamdulillah....semuanya berjalan dengan lancar....ramai sedara-mara yang datang.....siap bagi hadiah lagi.....murah rezeki adam.....InsyaAllah,nanti nak balik kampung umah mak kat Johor plak, mak pun nak buat makan2 tuk cucu dia ni......hihihihi......mak x dapat datang masa hari sabtu lepas sbb byk kenduri kawin kat kpg....


19 November 2011

Kesian blog aku jadi terabai....

Assalammualaikum.....

sejak blog aku jadi huru hara hari tu aku betul2 x de mood nak menaip entry papa....aku agak keciwa dengan apa yang dah berlaku....nak nangis je rasa.....but now...i'm back with new mood.....hohoho...

mulai hari ini aku x kan biarkan blog aku ni lagi...aku sayang blog aku ni weh....macam2 benda yang aku nak kongsikan dalam blog ni....cuma aku perlukan sedikit masa untuk aku luahkan segala2 yang ada dalam kepala otak aku ni......samada yang suka, duka dan yang sewaktu dengannya.....

for ur informatian,at this time aku tepaksa invisiblekan blog aku sbb aku nak create something.....bila dah siap nanti baru aku akan publish balik utk follower2 aku jengah ke blog aku ni semula....

09 November 2011

Boringnye tgk blog aku ni..sedih tau.....:(

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sangat2 bosan....
nak mintak tolong someone buatkan blog ni...

dengan harapan aku akan kembali semangat untuk berblogging....

help meeeeee.......:'(

Blog aku yang tetiba jadi 'huru hara'

Assalammualaikum...

nak menangis rasanya.....2 minggu aku x boleh nak bt entry apa2 kat blog...blog aku dengan tiba2 dah jadi huru hara.....

memula tu aku sesaja tukar templat tetibe plak blog aku jadi giler....sume jadi x betul...puas aku godeh tapi x boleh2 jugak....dalam pala otak aku ni asyik pk kalau hilang sume entry dalam ni mmg aku dah x nak berblogging lagi....hampir2 aku putus asa....last2 aku guna templet yang sedia ada dalam setiap blog...aku remove satu persatu widget dan segala benda yang aku rasa aku boleh letak kemudian kalau blog aku ni dapat di selamatkan....akhirnya dengan berkat kesabaran aku yang dah paras2 hidung ni dapat jugak aku perbaiki blog aku ni spt mana yang ada sekarang....

tobat dah aku nak tukar templet lagi...kalau nak tukar pun bukan sekarang kot....ambik masa yang lama kot....agaknyalah kot....

peringatan pada diri len kali jangan gatal2 sangat tangan tu....nasib bek blog aku dapat diselamatkan...huhu....

31 October 2011

Rindu kat BLOG aku ni....

Assalammualaikum....

Rindunya aku kat blog aku ni.....almaklumla....sejak laptop aku hilang kene curi time rumah aku kene pecah beberapa bulan yang lalu aku betul2 mati kutu....x dapat nak online mcm dulu2...melainkan kalau aku ada kat ofc...

Aku pun baru je start keje hari ni....cuti 10 hari jaga anak aku chiken pox....cian dia...kecik2 dah kene...bejangkit akulah tu.......

Banyak entry2 dari rakan2 blogger yang aku dah terlepas....kenelah aku tengok satu2.....hmmm....

Komen2 pun baru aku dapat publish hari ni....wahhhh....mcm ramai je yang komen kan....hihi...x kisah ramai atau tak...aku hargai komen2 dorang tu sume...sekurang2nya aku tau masih ada yang sudi menjengah ke blog usang aku ni.....

Untuk hari ni aku x de idea lagi nak bt entry apa....tengah mencari idea....tunggu yer....

22 October 2011

" SEGMEN | Serius , Blog Ini Menarik Perhatian Aku ! "

Assalammualaikum.....

petama kali aku join segmen dari cik lyssa nih....jom le kite meriah2kan segmen nih....x susah pun....


3 blog pilihan aku tuk segmen cik lyssa nih...

eh3...tuan punye segmen lah....hihih....satu2nya blog tutorial yang aku suke...simple dan mudah difahami...tuannya pun kiut....blog pun kemas....memang awesome yawwww!!!

wahhh....sapa x kenal dgn pemilik blog nih...orgnya kecik molek....suka baca entry2 dalam blog dia...cantik menarik ko memang debOmmmm......heeeee.....

suka dgn entry2 dalam blog ni sbb byk cite2 menarik....suspen dan menyeramkan....x caya? cerla tengok.....:D 

siap!!!!

tarikh tutup : 22.November.2011 jam 03.00 petang ni yer....


14 October 2011

"SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG ..."

Assalammualaikum...

Kali ni join segmen dari Bro Nasz....


segmen dia simple je.....korang tulis je pe yang korang nak...then tglkan link kat ruangan komen. kalau berminat boleh skodeng dalam link http://mohdnaser.blogspot.com/2011/10/segmen-nasz-kumpul-dan-serang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mohdnaser+%28MOHD+NASER.com%29

13 October 2011

Jangan nak biadap sangat boleh x?

Assalammualaikum....

 Aku heran dengan budak2 skrg ni....dah x de rasa hormat langsung pada orang2 tua....maksud aku hormat tu bukan aku suh korang sembah dia....sanjung dia....bukan bukan....tapi hormat dia sebagai seorang yang lebih tua daripada kita.....

firstly bila korang becakap dgn dorang....x boleh ke rendahkan suara tu sikit...ni cakap nak menengking jer.....kalau ditegur tu x boleh ke dengar dulu apa yang dorang nak cakap....dorang tu lebih dulu makan garam berbanding korang yang berdarah muda tu...termasuklah aku.....mungkin nasihat dan teguran yang dorang beri tu berguna untuk kita....wpun bukan untuk hari ini mungkin untuk masa akan datang.....

kalau rasa2 dah terlanggar dan sampai terjatuh orang tua tu janganlah buat2 x tau plak....bla macam tu jer....hadoiii la.....dahlah ko langgar dia....jatuh terduduk orang tua tu...ko biar cam tu je kan....cubalah tolong....angkat dan mintak maaf....kan manis je.....sekurang2nya kita sedar akan kesilapan kita....



byk lagilah.....malas je aku nak cite....jadi kita sebagai orang muda ni pandai2lah hormat orang yang lebih tua dari kita...barulah orang akan hormat kat kita.....jangan sombong sangat.....harus di ingat...kalau x de mereka2 yang tua tu...x kan adalah kita kita yang muda ni....

Jangan ingat aku x de maruah

Assalammualaikum.....

hari ni aku sangat2 marah sbb ada sorang umat manusia ni yang telah mencabar tahap kesabaran aku......selama ni aku boleh besabar dan berdiam diri dgn apa yang ko buat pada aku....tapi hari ini tidak lagi....kesabaran aku betul2 teruji.......

ko ingat dengan cara ko memalukan aku dan buat aku macam ni ko boleh dapatkan kepercayaan drpd orang lain....ko kene ingat...Tuhan tu maha adil....dia lebih tau siapa yang betul siapa yang salah.....


kalau ikutkan hati aku memang aku nak cekik2 je ko tu...tapi biarlah.....aku doakan satu hari nanti ko akan sedar dan terima pembalasan dengan apa yang ko dah buat pada aku hari ni.....

12 October 2011

ketagih nasi kukus ayam dara

Assalammualaikum....

Cer baca tajuk aku tu....hahahah....sapa yang ketagih? ni yang aku nak habaq kat ampa sume ni...sejak bulan lepas aku dah jadi ketagih makan nasi kukus ayam dara ni....kalau sebelum ni mmg aku x bapa nak minat....boleh dibilang guna jari kaki aku berapa kali je aku makan nasi kukus ayam dara ni....but lately aku rasa tetiap hari aku akan makan nasi kukus ni...

 kalau kita tapaw mmg macam nilah gayanya....menyelerakan kan kan kan....

Aku x taulah mcm mana aku boleh terjebak ke kancah pemakanan nasi kukus ayam dara ni  ( ayat macam terjebak dengan jenayah je erk )  but i think...since laki aku ajak aku makan kat selera duta bwh ofc aku tulah aku mula berjinak2 dgn nasi kukus ayam dara ni kot....even aku x makan...tapi aroma dari apa yang laki aku tapau tuk dia bwk balik ofc tu macam memanggil2 aku tuk mencuba.....

Akhirnya....tanpa pengetahuannya aku sendiri g beli kat kepong....bukan kat selera duta tmpt laki aku beli selalu tu....hoho....mcm mana aku tau kt kepong tu ada? aku nampak signboard.....aku pun ckp dgn pakcik tu...." pakcik nasi kukus ayam dara bungkus...." Ok kata pakcik tu....

 cuba perhatikan ayam dia.....walawehhhh.....lapo balik aku tengok....
picture ni ehsan cari gali aku di google....tenkiu yer....

Sampai umah aku makan sampai licin....then sejak itulah aku jadi ketagih dgn nasi kukus ayam dara ni....mana2 tempat yang ada nasi kukus ni aku akan beli....rupa2nya kat ofc aku pun ada jual...nampak sangat yang aku ni dulunya mmg bukan peminat nasi kukus ayam dara sbb kat ofc sndiri ada jual pun aku boleh x perasan.....aku pun jarang g kedai makcik tu....hahahaha.....( cover cover....) 

pe lagi.....tetiap harilah aku beli nasi kukus makcik tu....not badlah...ayam dia best....lagi2 kalau dapat makan panas2...so untuk mendapatkan ayam yang garing dan panas2...11.30 thari aku dah turun bawah tapaw......hoho....dgn alasan aku belum sarapan pagi.....( kuat menipu ko yer....) ada aku kesah???? hahahaha.....apa yang membuatkan makanan ni jadi sedap coz nasinya dikukus...nama pun nasi kukus ayam dara kan.... ( ape daaaa.... ) dan ayamnya digoreng dgn rempah2.... ada kuah kari...sambal belacan...timun seketul dua ketul dan kobis sikit.....harga kat ofc aku sebungkus 5 hengget...oklah kan....nasi penuh...ayam pun besaq gedabak.....rasanya pun mablessss......

korang yang belum penah cuba tu...bawak2lah cuba...mana tau memenuhi selera tekak korang ke kan.....mmg terbaiklah....

 pe lagi....jangan tengok jer...p cari...beli...rasa dan makan.....mesti korang akan rasa kenyang lepas makan......hahahah:))

Segmen : Jom Join Bloglist Lighta Shadowee

Assalammualaikum...

 ( cantik banner ni...i likeeeee....)



tarikh tutup : 25.November.2011

11 October 2011

Contest! Contest! Contest! - " Beauty in Hijab"

 Assalammualaikum....

Rasanya dah lama bebenor aku x join mana2 contest....entah...aku kot yang terlepas pandang...btw sedang aku berblogwalking aku ternampak contest ni....menarik dan aku sangat2 suka nak join......jOm kita sama2 meriahkan contest Maria Wakeashima ....mudah je...


firstly korang tepek je banner kat bawah ni....
( comel banner nih...siap ada doodle lagi )



then...letaklah pic korang yang korang rasa paling2 cun la...hahahah
( picture bwh ni dah bajet cun habiz lah ni....hohoh )


haaaaa....hamik ko....gedabak punye beso gambo aku tepek....haruslah kan.....
( picture open house hari tu leeee......)

siap da pun...senang je kan...jadi pe tunggu lagi...ringan2kanlah jari jemari korang tu join contest nih...mana tau hadiah2 menarik tu bakal jadi milik korang ke kan...sapa tau.....klik SINI kalau nak join yer.....

wallllaaaaaahhh.!!!!

10 October 2011

satu petang yang muram dan suram

Assalammualaikum...

Hoyehhhh.....mata aku saat ini sangat2 layu....bak teratai layu ditasik madu...hahahah....kemain lg ko erk.....uwaaaaa....( menguap sambil menggeliat....) sangat2lah boring dan bertambah2 bosan ptg2 ni....mana x nya hari ni duty aku keje sorang jer....mbr aku ada hal katanya....nak x nak tpksalah aku hadap hari2 aku hari ni sendirian tanpa teman disisi....

Monday blues...keje yang bertimbun mcm dah bebulan2 x dtg koje....( tipu jek bertimbun tu....) ....nak x nak tpksa gak aku buat keje yang x seberapa nak byk ni.....sampai rabun bijik mata aku ni mengadap komputerrrrr....

Makan? dah makan dah....makan kuih jek....jimat ke? x delahhhh.....diet?? aah...( angguk smbil malu2 kerbau ).....padahal dalam kepala otak ni dah siap prepare dah menu nak masak balik keje nih....keje sorg2 ni x de mood plak nk makan kt ofc....huhu...ngada je kan....hahaha...watever.....:)

balik??? lambat lagi laaaa....baru kul 4.15....lambat lg nak tgu kul 5....hoyehhhhh...mgu ni aku balik kul 5.....syok tOL....dapatlah aku bersantai2 kat umah sambil layan cite soffiya.....sambil main masak2....

Ambik anak ??? ishhhh....mstilah ambik.....gile ko x nak ambik anak....tulah satu2nya penghibur hati aku dan pengubat rasa penat letih aku sehari bekerja....bila tgk muka dia...teletah dia hilang segala serabut otak aku....

hoho...serba sedikit tntang aku pada hari ini....
oklah....jmpe lagi yerk....babaiii....

06 October 2011

1st day bekerja after cuti chiken pOx

tAssalammualaikum....

lamanya x buat etry..hari ni hari 1st aku keje setelah 8 hari bercuti.....cuti ni gara2 chiken pox aku tulah...alhamdulillah.....aku dah kembali sihat dan dah boleh mulakan kerja macam biasa......

yang buat serabut kepala aku sekarang...keje yang banyak atas tray.....huhu.....pepagi bos aku dah cll suh buat report.....dsbbkn aku bekerja jauh dari bos dia x tau yang aku ni baru nek keje....yang tau incas aku jer.....hihiii.....nasib bek mood dia baik hr ni...dapatlah aku trgkan perkara sebenar....then dia pun cool jer....

hari ni jugak aku mulakan keje dgn muka yang penuh bekas2 chiken pox....even dah kering bekas tetap ada.....aku pun x pakai bedak ke apa ke....biarlah.....lama-lama nanti hilang lah tu  ( wahhh....cara2 nak sedapkan ati...)

oklah....x ley nak tulis panjang2 sbb keje mmg tgh banyak skrg ni....jmpe lagi nanti k....bubye....!!

02 October 2011

Jangan biarkan ia terus mengalir

Assalammualaikum....


Kadang2 apa yang kita harapkan x semuanya indah.....ujian datang x diduga....itulah kita sebagai hambaNYA yang sentiasa diuji dengan bermacam2 dugaan....semoga dgn ujian itu akan menjadikan aku seorang insan yang tabah.....insyaAllah......


tak salah untuk kita menangis...kerana tangisan itu jugak salah satu cara untuk menjadikan diri kita lebih tenang......menangislah sepuas2nya sehingga engkau peroleh kebahagiaan.....

01 October 2011

Hari ke-5 kene chiken pox

Assalammualaikum....

hai semua......lamanya rasa x buat entry.....hmmmm...almaklumlah....kene kuarantin.....hari ni masuk hari ke-5 berada dalam dunia ayam.....hihihih.......alhamdulillah.....semakin berkurangan.....bintik2 kat muka dan badan dah mula nak mengering....

Sekang dah x bape nak gatal sangat...tido pun dah selesa....x macam masa mula2 kene tu...ya Allah.....gatal....rasa nak garu je....pedih plak tu rasa....ditambah plak dengan demam...huh...memang x larat sangat....baring je....pastu tidoooo...mandi pun x.....dapat byg x keadaan tu mcm mana.....

hari kedua suami belikan air kelapa dgn carikan daun semambu.....minum air kelapa dekat 2 bijik....sedappppppp....lama x minum air kelapa......hahahhah......pastu daun bambu tu rebus....dah sejuk skit...lap2 kat badan....x buat mandi pun......start hari ketiga sampai hari ni barulah aku mandi air bambu....nyamannya rasa.....gatal2 pun kurang......and still minum air kelapa.....kalau ikut petua org dulu2 dorang x bagi mandi....tapi cubalah bygkan kalau seminggu korang x mandi....pe jadi? masyam beb..... terpulanglah yerk....mungkin dorang x bagi mandi tu sebab takut kita gosok luka2 kat badan tu......

pantang2 lain tu adalah aku ikut skit2...mcm x blh mkn kicap ke....jgn kene hujan ke.....jgn mengoreng kat umah ke....tapi adik aku goreng2 kat umah ok je kot......terpulang jugak.....sekarang ni aku makan je apa aku nak makan kecuali seafood.....siap order mcd lagi.....hahahha........kalah org sihat.......

sok aku nak g ofc jap...siapkan keje skit....sbb dah hujung bulan...sapa nak buat keje aku kalau bukan aku yang buat.....isnin aku nak cuti lagi x taulah sampai bila....sampai hitam2 kat muka ni kurang skit kot....kang lari plak org2 kt ofc tu nengok muka aku.....wakakakak.....dsbbkn aku ni pekerja yg boleh dikira pekerja terajin aku dtglah....

huhu....duduk umah lelama ni memanglah agak bosan...tapi nasib baiklah ada anak aku....x lah aku boring sangat.....hari2 aku duk layan dia.....mekasyeh adam teman ibu.....macam ni ibu nak duk umah jelah....boleh....? hihihiii.......

ok...daaaaa.......continue later....

@_@

27 September 2011

umur dah 25 baru kene chiken pop

Assalammualaikum....

Balik keje ptg ahad hari tu rasa sakit sangat kepala...sempatlah aku tidur sementara tunggu laki aku dgn anak aku balik dari umah mak mertua aku di FRIM.....bangun tido je terus ikut laki aku g open house kat umah sebelah dgn jiran tgkat 6...tu pun aku makan sikit je...buat syarat....sbbnya kepala dah ting tong......

cadang laki aku lepas magrib dia nak ajak kami g rawang....saja jenjalan...nak cari something tuk adam.....tapi lepas balik open house tu aku betul2 x larat.....sakit kepala...pastu badan aku panas.....laki aku bagi makan panadol 2 bijik....terus aku lena dibuai mimpi....laki aku nak masuk keje malam pun x jadi g.....

malamnya tu badan aku panas...tapi aku boleh tahan lagi...jz makan panadol je smpailah hari isnin....aku tepon incas aku bgtau aku mc smpai selasa......tup2 pagi tadi aku bangun tengok muka penuh bijik2 merah.....tgk plak badan aku...huh...merah2 jugak.....kepala aku pun gatal.....uwaaaaaa....dalam hati terus berkata "adakah aku kene chiken pop?" yes!! bila tengok bijik2 merah yang gelembung2 berisi air tu memang sahlah aku kene chiken pop.......uwaaaaaaaaaaaa..........

buat pertama kalinya setelah usia aku 25 tahun aku baru kene chiken pop ni.....sekarang ni badan aku tersangat2lah gatal.....g klinik tadi doc bg ubat krim calamine lotion...ubat gatal dan ubat demam....then dapatlah mc untuk 4 hari bermula hari ini....dapat bygkan apa jadi kat aku sekarang? muka dan badan penuh dgn krim....adam pun heran tgk mak dia......hihihihi...

kalau sebelum ni anak aku yang kene campak kali ni aku plak...jadi aku gunakanlah cara2 yang aku penah guna pada anak aku sebelum ni.....( baca kisah adam disini ) nak kata berjangkit....x jugak kot...sebab anak aku kena bulan pose hari tu......lama dah kot....

apa2 pun aku harap boleh sembuh dgn cepat dan sihat mcm sblm ni....kawan2 doakan ye.....



Segmen : Jown join bloglist eyryn bercerita !

Assalammualaikum....

Segmen dari blog Eyryn Bercerita....jomlah join sekali..
thx eyryn sudi jemput join segmen ni....

senang je....buat satu entry spt tajuk atas tu....letak banner mcm kat bwh ni...then tglkan link kat kotak komen blog eyryn bercerita.....tag 2 org blogger lain....



ada yang best pada segmen kali ni...menurut kata empunya blog, dia akan buat 1 entry khas untuk blog yang dia minat dan suka...mungkin blog anda yang dia minat...sapa tau kan...dia akan promote 10 blog tu selama 5 hari...

menarik kan....jadi pe tunggu lagi.....rajin2kanlah jari2 korang sume tu join segmen dari eyryn ni....kalau berminat boleh baca syarat2nya di sini

tag untuk mereka : Fierul & Yayath

26 September 2011

segmen kancil 8349 : Pengalaman semasa perkhemahan unit beruniform

Assalammualaikum....

sebelum tu aku nak ucapkan trima kasih kepada saudara kancil8349 yang sudi jmput saya tuk join segmen ni....korang yang baca entry ni pun boleh join sama....lagi ramai lagi bagus....


dalam segmen ni kancil mintak kita kongsikan pengalaman semasa kita mengikuti perkhemahan unit beruniform disekolah....jadi inilah cerita aku..( jemputlah baca yer )


dalam byk2 perkhemahan masa sekolah dulu, perkhemahan nilah yang paling syok sekali buat aku....time tu aku form 3 kalau x silap.....nama sekolah aku Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak...aku merupakan salah seorang unit beruniform kadet polis...aku memang minat kadet polis sejak sekolah rendah lagi.... (sampai sekarang aku pakai uniform polis...)

kitorang ada perkhemahan selama 3 minggu di Melaka, dimana cuma peserta kadet polis sahaja yang terlibat.....tapi x ingat nama tempat tu apa....setiap sekolah akan hantar semua peserta yang menyertai unit tersebut...sepanjang perjalanan kami menaiki trak polis dan dieskot dgn beberapa polis trafik.....x ingatla bape biji trak....syok giler.....sampai2 sana je masing2 bt hal memasing borak pun dgn budak2 sekolah sndiri je....sampailah urusetia bagi2kan kumpulan....berpecah dah semua.....start dari situlah kita mula kenal antara satu sama lain....banyak aktiviti yang dorang dah buat.....antaranya...masuk hutan...menembak....aktiviti berkumpulan...berkayak.... pertandingan kawad kaki.....dan mcm2 lagi....seronok sangat......

sampailah  hari2 terakhir perkhemahan....rasa macam sedih sangat sebab dah nak berpisah dengan dorang...yelah....3 minggu lama tu....dari kita x kenal dorang sampailah kita dah boleh jadi rapat....susah senang semasa dalam perkhemahan tu...tapi akhirnya semua akan balik sekolah masing2.....x dapat jumpa dah lepas tu melainkan ada xtvt mcm tu lagi....sehari sebelum tamat perkhemahan kitorang semua bertukar2 alamat....tulah satu2nya yg akan jadi medan perhubungan kami semua......banyak gambar2 yang kitorang dah ambik....tapi sayangnya semua tu x tau kat mana....dah lama sangat......x dapatlah nak publish picture2 dalam entry ni....

tulah sebahagian mengenai kisah perkhemahan aku time sekolah dulu...korang plak cam ne? berminat nak join? boleh baca syarat2 tuk join segmen di blog kancil8349

kenapa perlu berkira dgn ibu sedangkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu pada kita x ternilai harganya....


Assalammualaikum....


sama2lah kita baca dan renung2kan....

seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


25 September 2011

Giveaway LuvBunny House

Assalammualaikum....

join lagi GA dari blog yang sangat kiut....blog Luv Bunny House


comel je banner ni...

mehlah kita sesama join GA nih....meriah2kan dunia blogger ni....tarikh tutup GA 1 November 2011....cepat2 sebelum terlambat.....kalau berminat boleh klik SINI 

Segmen : Pencarian bloglist blog Fahuna

Assalammualaikum...

 Join segmen lagi....


segmen yang sangat simple....kalau korang pun berminat nak join boleh klik sini  baca syarat2 dan jangan lupa tinggalkan link korang kat kotak komen blog tersebut...

selamat bersegmen.....

24 September 2011

Contest : Blog Hott and Cool

Assalammualaikum.....

pepagi lagi aku dah jOin contest...syok beb!! macam aku penah cakap sebelum nilah....aku kan peminat tegar tuk join contest or segmen.....

ok2....contest ni anjuran dari seorang little princess .....macam mana nak jOin....boleh baca syarat2 ni k ....


comel kan doodle dia.....eeee...geram aku kalau benda2 yang kiut miut nih....then korang kene tag 2 orang member dan pastikan dorang tau yerk....lebih pun x pe....


senang je kan......kalau korang nak join contest yang kebabom ni boleh klik kat blog little princess ni..... ( klik cepat... )


ringan2kanlah jari tu untuk join contest ni....sapa tau hadiah2 menarik tu nanti akan jadi milik korang ke kan.....hadiah dia terbaik woookkk......x nak ke? 

selamat bercontest......@_@


ShoutMix chat widget