»

Santai Bersama BEN ASHAARI

Mereka Sangat-Sangat SempOi

Jom Tukar Link

22 July 2011

NUKILAN SEORANG SUAMI

SAMA-SAMALAH KITA RENUNG2 KAN KISAH INI....


Ketahuilah olehmu wahai isteriku.
Dalam kehidupan suami isteri selama 18 tahun bersamamu.Terlalu banyak yang
telah kita lalui.Terlalu banyak pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang
ringgit.Walaupun belbagai kerenahmu dan caramu yang kekadang tidak sesuai pada
pendirianku.Walupun ada yang memang tak dapat aku terima sepenuhnya seakan
mencabar aku sebagai suamimu.Namun aku tetap berdiri dirumah yang aku bina
atas dasar pilihan keluraga.

Masih teriyang ditelinga aku , bagaimana ucapan yang pernah kau lafaskan
disaksikan olih insan yang aku panggil ibu mertua..
ala..ustaz tu kalau dapat sujud kat sejadah dia..takan dihiraukannya
apapun..biar bom meletup kat tepinya. Masihkah kau ingat..patah katamu itu..
aku hanya mampu beristifar memohon agar suatu waktu nanti kau akan insaf.
walaupun ucapan ini telah terlalu lama aku dengari tapi memori aku masih
tak mampu untuk mendeletenya..

Masihkah kau ingat lagi..antara kata kata seorang isteri pada suaminya..

......>>>>bang oii..kalau awak nak saya jadi macam ustazah .ngapa nikah dengan saya..
tu Si pasal tu ada.. Si yati tu ada Si Min tu ada dulu..ngapa awak nak kat saya..

......>>>>Letihlah bang.......awak sajalah buatkan susu anak tu..

.....>>>>bang..bangunlah anak nangis tu...nak susu agaknya...

.....>>>>Heeeeeee...bang nanti basuhkan lampin anaknie..ada ke buang air ( kata
seangkatan dengan nya ) kat lampin.

...>>>esok pagi..kalau nak sarapan buat air sendirilah..saya nak tdur.pergi kerja
kuncikan saja pintu tu.

.......>>>>bang...balik lah..asik kerja saja..budak ni menangis dari tadi tak mahu
berenti..cakap saja kat bos awak tu..anak demam


inilah kata katamu...kata kata seorang isteri pada seorang suami.. aku pernah
menitik airmata takala sujud menyembah tuhan..memohon agar tuhan memberi
petunjuk padamu.

Tahun 1999.sept . setelah 13 tahun aku lalui segala keperitannya..atas ajakan
seorang teman..aku berlepas ke Mekah. Mengerjakan ibadat umrah .
Puas aku memujuk agar ikut bersama aku.tapi kau hanya berkata tak mahu.belum
sedia...

Di Madinah dan diMekah setiap solat aku panjatkan doa agar insan yang bernama
isteriku berubah dan taubat. Agar terbuka pintu hatimu , menghornati insan
bergelar suami.

9.2.2001...........waktu itu aku telah menjadi warga RJ. tulisan DD borhan
amat aku minati.. aku postingkan ..bermimpikah aku atau isteri aku
bermimpi...................

segala keperitan aku , mungkin doa aku dimakbulkan tuhan..untuk pertama
kalinya seorang isteri mengucapkan selamat jalan pada aku..bersalaman dengan
aku dan melambaikan tangan mengiringi perjalanan aku..
mana taknya kau...mujur tak lalu bukit putus.....kok lalu situ aku dah lama
terkubur agaknya..tekejut amat sangat.

dari saat itu hidup aku sebagai suami berubah,segalanya...
tahukah engkau wahai isteriku...jika dulu airmata aku menitis memohon agar
tuhan menunjukkan kebenaran padamu. sekarang aku mengalirkan airmata kerana
kesyukuran pada tuhan..usia perkhawinan kita 18 tahun..tapi aku menikmati
hidup sebagai suami yang dilayan sebagai suami hanya 3 tahun ini.


Sesunggohnya aku bersyukur padamu tuhan..
Untuk isteriku.....segala dosa mu telah abang ampunkan ...untuk masa lalu dan
akan datang.telah abang lafaskan dihadapan rumah Allah..yang engkau tidak punya
sedikit dosapun pada abang..kecuali satu..jika kau menginiaya
ibubapaku............... dosa ini takan abang maafkan..kerana tiada insan yang
lebih mulia didunia padaku kecuali ibubapa abang..

moga tuhan terus merahmati dirimu.
selamat hari lahir buat isteri ku.



p/S : aku tumpang banga dgn sikap suaminya yg x pnh putus asa...alhamdulillah isterinya berubah n telah mnjadi seorang isteri yang solehah....semoga hubungan mereka berkekalan sehingga keakhir hayat....amin...:)  

0 orang yang tekan keybood memberi komen:


ShoutMix chat widget