»

Santai Bersama BEN ASHAARI

Mereka Sangat-Sangat SempOi

Jom Tukar Link

20 August 2011

10 MALAM TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN

p/s : picture ihsan i luve islam
pejam celik pejam celik kejap je rasa dah sampai ke 10 malam terakhir di bulan
ramadhan...alhamdulillah aku sekeluarga masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan ibadah puasa di bulan yang mulia ini....dalam 10 malam terakhir ni sebenarnya ada satu malam yang dipanggil malam lailatulqadar....iaitu malam kemuliaan...

syahdu sangat rasa bila dah sampai hujung2 ramadhan ni....entah ada atau x ramadhan akan datang....sapa tau kan....jadi gunakanlah malam2 terakhir dalam bulan ramadhan ni sebaik2nya.....


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)

Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu: 
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.


p/s : mudah-mudahan kita semua peroleh keberkatan dariNya.....Aminnnn....


0 orang yang tekan keybood memberi komen:


ShoutMix chat widget