»

Santai Bersama BEN ASHAARI

Mereka Sangat-Sangat SempOi

Jom Tukar Link

10 August 2011

SEJARAH : BENDERA DAN KEMERDEKAAN

Haiiiiii kengkawan......sihat ke? PUASA hari ni? harap semua dapat menjalankan kewajipan berpuasa dengan sempurna untuk hari ini dan hari-hari yang seterusnya.......

bile baca tajuk kat atas tu mesti korang dah dapat teka apa yang aku nak tulis dlm entry kali ni.....memandangkan bulan ni bulan kemerdekaan aku nak berkongsi serba sedikit mengenai sejarah kemerdekaan negara kita MALAYSIA dan nak bercerita mengenai siapa yang mula-mula mencipta BENDERA MALAYSIA.....


BERMULA DENGAN BAB 1

-BENDERA MALAYSIA-
mungkin ada yang sudah mengenali siapa pencipta bendera malaysia dan mungkin juga ada yang masih tidak mengenali.....meh tengok gambar kat bawah ni...

 PENCIPTA sebenar jalur gemilang.....

Beliau ialah Mohamed Bin Hamzah, berasal dari Johor Bahru, seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya Johor.Beliau mencipta Jalur Gemilang pada 1947 apabila pemerintah pada masa tersebut mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu.Belaiu berusia 29 tahun ketika menyertai pertandingan mereka bendera kebangsaan tersebut.Beliau mengambil masa selama dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.Allahyarham meninggal pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
untuk membaca kisah selanjut mengenai beliau blh ke SINI  



MASUK PULAK BAB 2
( terasa macam cikgu cekgi sedang mengajar anak murid plak )

-MERDEKA-

MERDEKA....tau x bile kita merdeka....? mesti tau kan....kalau x tau tu x tau nak cakap apa......31 OGOS 1957 tarikh keramat yang sentiasa diingati....pada tanggal itulah Tunku Abdul Rahman mengishtiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. 



BAPA KEMERDEKAAN
ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 - 1970)

DETIK-DETIK PENGISHTIHARAN KEMERDEKAAN

STADIUM MERDEKA

BENDERA MALAYSIA BUAT PERTAMA KALI DI NAIKKAN PADA 31.08.1957




 Tahun ni adalah tahun ke 54 kita merdeka..seharunya kita sebagai rakyat malaysia rasa bangga kerana dengan KEMERDEKAAN inilah kita semua dapat menikmati hidup di bumi Malaysia dengan aman....tenang....tiada rusuhan...pergaduhan....dsb....

Untuk membaca kisah selanjutnya tentang sejarah kemerdekaan blh baca dekat SINI 


 sblm tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA untuk semua yang sudi singgah kat blog aku ni....jangan biarkan jiwa dan raga kita "dijajah" dengan mereka-mereka yang tak bertamadun....



p/s : semua pic2 yang ada dalam entry ni adalah ihsan dari pihak google....harap maklum.....



0 orang yang tekan keybood memberi komen:


ShoutMix chat widget