»

Santai Bersama BEN ASHAARI

Mereka Sangat-Sangat SempOi

Jom Tukar Link

17 September 2011

Suami Isteri Kene Rukun Damai

Assalammualaikum......
(entry copy paste dari blog hasrulhassan )




As-Salam.
Cerai. Uishhh mohon kepada Allah Taala dijauhkan. Susah payah membina mahligai bersama, susah payah nak sign borang minta tok kadi, susah payah kumpul duit nak kawin, susah payah kenduri kendara ... susah payah kumpul sedara mara .... tup tap .. baru beberapa tahun kahwin, nak diucapkan perkataan tu pada pasangan.

Wahai lelaki, jangan semudah itu nak ucapkan perkataan itu. Bertanggungjawablah. Anda dah berjanji di depan tok khadi ... di depan saksi, di depan sanak sedara .... nak jaga isteri dengan sebaiknya, maka jagalah. Tuhan dah berikan anda kelebihan, kenapa ditolak kelebihan dan pemberian itu?

Sayang sekali, rumahtangga dibina musnah sekelip mata hanya dengan satu perkataan. 


Wahai suami dan isteri, rukun damailah dalam keluarga. Cubalah cari jalan supaya apa yang diidamkan dahulu - sewaktu awal hangat bercinta tak lebur gitu sahaja. Anda boleh salah faham, boleh je gigit2 lidah ... tetapi jangan sampai melarat. Gigit lidah jangan sampai putus.... dah putus nak sambung semula .... payah tu.

Buat isteri, jangan mudah nak meminta diucapkan ayat tu. Jangan ikut emosi dan perasaan tanpa sebab. Masih ada ruang jika kita mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Tuhan. Jangan terpedaya dengan hasutan nafsu dan syaitan, yang memang nak porak-perandakan keharmonian dan kebahagiaan anak Adam, apatah lagi setelah anda menyemai cinta dan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w.

Suami isteri perlu sentiasa sabar, tolak ansur. Ya, ada masa bagai berat nak ditanggung tetapi penyelesaian tetap ada. Buka hati, buka akal .... jangan ikut emosi dan perasaan. Hargailah nilai ikatan sebuah perkahwinan.

*p.s: Hidup berumahtangga memang sentiasa diuji. Teguhkan jiwa dan iman.

0 orang yang tekan keybood memberi komen:


ShoutMix chat widget